Jangan kita hanya mendabik dada dengan apa kita ada.

Dalam hidup ini bukan semua orang boleh mencapai apa yang diingini tetapi kita kena usaha dalam apa keadaan. Kesusahan dan Kepayahan itu mengajar kita supaya terus melangkah seiring dengan apa yang kita mahukan. Jangan kita hanya mendabik dada dengan apa kita ada. Bukan bermakna kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada tetapi kena berusaha maju melangkah kehadapan. Dahulu bagiku hidupku sepi dengan kehilangan ibu kesayangan tetapi duka yang dialami tidak berakir begitu. Ayahku meninggalkanku semasaku menuntut keloj dahulu tetapi aku tidak patah semangat untuk mengharumi hidup ini. Aku berdikari walaupun hidup keseorangan diri dengan keyakinan dan dorongan rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dikala keluarga ku tidak menghiraukan ku. Aku yakin tuhan yang Esa sedang menguji ku dikala aku sedang diuji oleh dugaan tanpaku pinta. Syukur sekarang aku walaupun tidak berharta tetapi masih ada insan yang sudi menerima ku dikala ku kesusahan dan jatuh bagai ditimpa tangga.. insan itu akan menjadi milik ku nanti... dengan izinnya.
Abdul Razak