Aishah

Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak.

Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak. Begitu juga saya. Bukan mudah untuk buat yang terbaik. Kalau boleh semua perkara saya nak ambil tahu, semua benda saya nak ambil berat. Tidak cukup dengan bertanya pengalaman orang, saya belajar banyak perkara dari pelbagai sudut contohnya cari maklumat di internet dan membaca pelbagai jenis buku tentang penjagaan anak dan pemakanan anak. Boleh dikatakan apa sahaja berkaitan anak, saya mesti nak belajar. Mustahillah saya hendak buat keputusan yang salah melainkan keadaan benar-benar memaksa. Itu pun jika tidak membawa kemudaratan pada anak. Saya sebagai seorang ibu juga sanggup berkorban apa sahaja untuk anak seperti waktu makan, waktu tidur, waktu dengan keluarga, sehinggakan kadang kala terlepas hal ehwal semasa atau mungkin tiada lagi istilah minat dan hobi yang saya boleh lakukan kerana masa saya sepenuhnya untuk anak yang amat saya cintai.
Ini yang terbaik dari saya…
Aishah