Azri Abu Bakar

Kita harus berbuat baik dengan semua insan didunia ini.

Setelah lapan bulan aku melabuhkan tirai pekerjaanku, terasa ingin pula sambung kembali bekerja. Berkat bulan Ramadhan yang mulia dan doa abah dan keluarga ku. Aku terima satu Whatsapp berkenaan kerja kosong di sebuah syarikat. Aku pun membelek Whatsapp tersebut - dari siapakah penghantarnya?
Oh! Aku kenal pengirimnya tetapi bisa kah aku melamar balik pekerjaan yang ada kesesuaiannya dengan pengalamanku. Rezeki Allah swt amat luas. Aku yakin jika kita berusaha insyaallah rezeki Allah akan datang.

Aku cuba hubungi rakan lama ku. Beliau sangat memahamiku.Walaupun usia aku lebih sedikit darinya, rakan aku ini masih hormatkan aku. Dari tingkah lakunya yang aku kenal, rakan aku ini adalah seorang yang baik budi pekertinya.

Bukan sehari aku mengenalinya, malah lebih 20 tahun. Jangka masa satu persahabatan inilah yang menyebabkan aku sering berWhatsapp cara yang baik. Kadang - kadang kita tidak dapat mengagak adakah rakan kita itu sibuk. Santai dan bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan masing - masing. Masa cepat berlalu aku cuba berinteraksi dengan rakanku ini namanya Tuan Hj Akmal. Title Haji diperolehi semasa berkhidmat di Jeddah pada tahun 90-an. Bukan terasa masa tu cepat berlalu tetapi berkat hidup yang direstui emak dan abah itulah yang menyebabkan hati ini berkata selagi masih ada nafas selagi itulah Allah berikan kita peluang untuk membuat kebaikan. Kebaikan yang bukan dipandang pada wang ringgit tetapi pada semua makhluk Allah swt.

Tidak kira warna kulit,bangsa apa,miskin atau kaya. Itu tidak menjadi hal. Dalam pikiran saya kasih sayang timbul dari hati yang ikhlas tanpa perlu di minta balas. Sebab itulah bila berkawan perkara utama yang dititik beratkan adalah keikhlasan dan kejujuran. Dua perkara utama yang menjadi prioriti dalam pedoman hidup yang singkat ini. Sebab itu bila saya tidak bekerja agak jangka masa yang panjang. Kehilangan rakan- rakan bukanlah pokok utama untuk kita bersedih. Saya yakin proses yang telah berlaku ke atas diri ini banyak mengajar saya apa itu erti sebuah kehidupan. Kita tidak perlu risau atau takut jika kehilangan kawan. Tetapi hukum kifarah jugalah tetap berlaku. Setiap yang molek kita lakukan pada sesiapa sahaja insyaallah Allah swt pasti membalasNya. Hidup ini perlu diteruskan. Anak - anak perlu dibekalkan dengan ilmu pelajaran agar suatu hari nanti menjadi insan yang berguna. Untuk agama,bangsa & negara. Semangat sedemikian memang saya terapkan agar mereka tidak lupa. Kenapa Allah swt jadikan kita sebagai khalifah di dunia ini. Tidak lain adalah dipertanggungjawabkan akan amanah yang dipikul.

Sekiranya amanah dapat dilaksanakan insyaallah kita telah lulus sebagai khalifah di muka bumi. Andainya pula amanah disalahgunakan.
Balasan yang setimpal akan diterima. Seperti azab yang Allah swt turunkan kepada umat -umat yang engkar lagi menzalimi diri sebagai khalifah di bumi ini.

Memang sedih dan takut kiranya kita abaikan tanggung jawab kita.Sebagai ketua keluarga,sebagai pemimpin yang diamanahkan. Jadi di sudut hati ini saya banyak kali memperingatkan diri ini agar hidup di dunia biar berjasa dan selalu pikirkan bagaimana untuk membuat seseorang itu merasakan hidup mereka indah, bahagia dengan pelbagai warna dan corak yang menarik untuk dirasai. Nikmat hidup yang sebentar sahaja Allah swt berikan kepada kita. Apataknya selepas seorang demi seorang rakan saya pergi menghadap Illahi. Selepas saya ketahui rakan baik saya Abdul Wahid pergi setelah 2 tahun lalu tanpa ketahui berita pemergian beliau. Setelah di beritahu melalui rakan FB.

Kesimpulannya kita haruslah berbuat baik dengan semua insan didunia ini.
Azri Abu Bakar