Chin Yau

Inilah yang terbaik dari saya.

Pada tahun 2002, hidup saya telah diuji apabila suami meninggalkan saya serta 3 orang anak perempuan untuk selama-lamanya. Pemergiannya amat memberi kesan kepada kami sekeluarga kerana hilangnya tempat kami bergantung selama ini. Oleh itu, tanggungjawab sebagai seorang bapa terpaksa saya galas sendiri bagi memastikan anak-anak membesar dalam didikan yang sempurna.

Namun, segala penat lelah yang saya hadapi sendirian menjadikan diri saya lebih berdikari tanpa mengharap bantuan sesiapa dalam membesarkan anak-anak ketika susah dan senang. Suka duka bersama anak-anak menjadikan saya lebih tabah untuk meneruskan perjalanan hidup. Usaha dan pengorbanan saya selama ini membuahkan hasil yang amat berharga apabila anak sulung saya kini bakal menamatkan pelajarannya dari universiti tempatan iaitu UTAR.

Anak kedua saya pula kini bertugas sebagai seorang pegawai polis seperti mana yang diimpikan. Manakala untuk anak bongsu, saya berdoa agar dia berjaya dengan cemerlang dalam menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Saya bersyukur kepada tuhan atas segalanya. Saya cuba memberi yang terbaik untuk anak-anak saya kerana mereka adalah sumber kekuatan saya.

Inilah yang terbaik dari saya, anda bagaimana?

Chin Yau