dino Liew

Kanak-kanak Autisma juga boleh menjalani kehidupan normal.'

Tanpa disedari diriku telah meningkat dewasa,dari zaman bersekolah hinggalah ke alam pekerjaan. tidak diduga saya telah berkecimpung di dalam bidang yang tidak dijangka yang mana telah berkhidmat untuk membantu golongan yang sangat memerlukan khasnya di usia yang awal perkembangan mereka, "kanak-kanak AUTISME". Sekiranya dilihat, kanak-kanka ini sangatlah istimewa daripada kanak-kanak normal yang lain, khasnya dari segi tingkah laku, kemahiran sosial, dan komunikasi mereka. mungkin ianya juga dipandang pelik orang masyarakat yang masih belum mengenal apa itu AUTISME. Tetapi, jika diselami dan dihayati, mereka juga mampu menjalankan kehidupan seperti kanak-kanak normal lain. Mereka juga diberikan ruang dan kesempatan untuk bermain dan bersuka ria dengan masyarakat sekeliling. Justeru, mereka juga memiliki keistimewaan dan kebolehan tersendiri yang mana kadang kala ibu bapa sendiri juga tidak sedar akan kemampuan yang dimiliki oleh mereka. Jadi, selagi kita mampu menghulurkan bantuan kepada mereka, maka hulurkan lah tidak kira dari apa jua bentuk sama ada kewangan, ilmu, kemahiran dan juga perkongsian, khasnya bagi ibu bapa yang masih sangat-sangat kurang pengetahuan dan pengalaman dalam menempuhi kehidupan ini. Semoga mereka juga mampu menjalani kehidupan normal seperti mana kanak-kanak dan dewasa yang lain.
dino Liew