Fadhilah

Siapalah kita tanpa seorang ayah?

Untukmu AYAH!!!!!....

Siapalah kita di dunia ini tanpa seorang ayah. Dari kecil aku dibesarkan, dimandikan dan boleh dikatakan segala aktiviti aku bersama ayah. Hari makan hari umurku makin meningkat. Aku membesar dan dididik dengan tunjuk ajar keluarga terutamanya ayah sebagai ketua keluarga.

Umur aku kini menjangkau 24 tahun. Banyak pengalaman yang aku tempuhi selama ini. Dari aku mula bersekolah tadika sampai aku tamat Tingkatan 5 semuanya dengan ayah. Semasa umurku 17 tahun, masih terngiang-ngiang semasa ayah melawat aku masa dekat asrama dulu. Ayah sanggup melayan kerenah aku, melawat aku dan menjaga segala keperluan aku semasa di asrama. Sampai satu hari, selepas ayah menghantar duit untuk berbelanja, ayah pulang. Hatiku terasa macam ada benda yang tidak kena. Keesokan harinya aku tergerak hati ingin menelefon keluarga lalu aku dikhabarkan tentang kemalangan ayah selepas menghantar duit kepada aku. Hanya TUHAN yang tahu kesedihan aku di saat itu. Aku bergegas pulang melihat keadaan ayah. Walaupun keadaan ayah sangat teruk tapi ayah tetap tidak mahu ke hospital dan hanya menggunakan ubat yang diambil dari klinik berdekatan sahaja. Hari demi hari akhirnya ayah beransur pulih. ALHAMDULILAH.

Bermulalah perjalanan hidupku selepas aku tamat Tingkatan 5. Ayahku tetap gigih mencari rezeki untuk anak-anaknya. Pagi petang siang malam tidak pernah jemu untuk mencari sesuap nasi. Walaupun ayah sering mengalami GOUT tapi ayah tetap gigih untuk pergi bekerja. Bak kata ayah, selagi dia mampu selagi itu dia akan berusaha walaupun dia dalam keadaan sakit. Paling sedih apabila ayah pulang bekerja pada waktu pagi sampai merangkak untuk turun dari motorsikal disebabkan penyakit GOUT ayah yang semakin kerap. Anak mana sanggup melihat keadaan ayah sebegitu. Tetapi bagi ayah, sakit bukan penghalang untuk terus mencari rezeki. Kami terus papah ayah masuk ke rumah dengan kudrat kami 4 beradik. Melihat kesedihan ayah meraung kesakitan memang menyentuh perasan kami adik-beradik.

Sampailah aku berumur 22 tahun. Beberapa bulan sebelum itu, ayahku kerap sakit. Boleh dikatakan sakit ayah dalam seminggu berulang sampai 3-4 kali. Dan masa itu, lagi sebulan kakak yang sulung hendak melangsungkan perkhawinan. Ayah tiba-tiba mengalami serangan jantung. Seminggu juga ayah dimasukan ke hospital untuk rawatan susulan. Ayah begitu gembira masa tu walaupun kami tahu ayah sakit. Selepas seminggu ayah dibenarkan pulang. Kami tahu ayah tipu doktor, ayah cakap ayah tak sakit. Selepas ayah pulang ke rumah, ayah dengan ibu sibuk berjalan-jalan. Bak kata orang hendak meluangkan masa bersama berdua. Mana ibu pergi, ayah mesti hendak ikut. Hampir seminggu ayah di rumah, penyakit GOUT ayah menyerang balik. Masa itu, teringat lagi walaupun dalam keadaan sakit ayah tetap hendak ikut ibu pergi menjemput ke rumah saudara tetapi ibu tidak kasi sebabkan keadaan kaki ayah semakin teruk.

Selepas selesai menjemput, ibu pulang ke rumah. Petang tu abang dan kawan ayah ada datang melawat. Tiba-tiba perkara yang kami tidak jangka berlaku. Ayah kena serangan angin ahmar (Strok). Ayah dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Keadaan ayah masa itu sangat lemah. Dalam keadaan sakit ayah tetap mahu berbual bertanyakan keadaan kami. Keadaan ayah semakin teruk. Ayah dikejarkan ke Hospital Besar untuk rawatan selanjutnya. Keesokan harinya, kami melawat macam biasa. Ibu tidak boleh langsung berenggang dengan
Fadhilah