Faidatul

Inilah terbaik daripada kami.

SELOKA QA GB
Golden Crackers ‘top’ sekali,
Julie’s Greatbrand terpahat di hati,
QA Department menjaga kualiti,
Polis wanita jolokan kami.

Dua, tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua, tiga boleh ku cari,
Mana nak sama Exec ku seorang.

Sedap sekali Love Letters Strawberry,
Makan sekali pasti nak lagi,
Nur Ain Abu Hurairah nama diberi,
Kadang-kala sporting, garang pula sesekali.

Wanita tinggi lagi baik hati,
Bakul dibawa ke sana sini,
Incoming dan lab sentiasa di hati,
Faidatul Wahida supervisor kami.

Membuat kerja penuh teliti,
Visha Rajandran empunya diri,
Sikapnya garang strict sekali,
Kalau melawan ‘on-hold’ diberi.

Nurul Ain Ismail sweet sekali,
Namanya sama dengan boss kami,
Yang disuruh pasti dituruti,
Membuat kami berbesar hati.

Berbadan dua tapi kecil orangnya,
Packing dan Production penuhi jejaknya,
Walaupun penat sentiasa gembira,
Itulah Zaieda asalnya dari Kuala.

Walaupun baru happy sekali,
Sedia membantu ringan bebanan kami,
Suhana dan Hijrah nama diberi,
Itulah dia QA baru kami.

QA biasa disalah erti,
Kerap sekali dituding jari,
Apa-apa berlaku QA dicari,
Siapalah faham nasib kami.

Macam-macam dugaan kami hadapi,
Walaupun perit tetap ditempuhi,
Bukti kami bersatu hati,
Inilah yang terbaik daripada kami.
Faidatul