Sebarkan kasih anda.

Pengalaman menjadi seorang "part-timer" sebagai seorang juruhebah atau dikenali juga sebagai 'promoter' dalam Bahasa English, sesuatu pengalaman yang tidak diduga oleh saya. Saya dapat mengenali ramai orang awam, mempunyai ramai kawan, dan belajar sesuatu yang saya tidak pelajari dimana-mana tempat iaitu menerima penolakan daripada orang awam yang kamu sendiri tidak dapat bayangkan dengan seadanya sedangkan kamu melakukan sesuatu yang bermanfaat bukannya sesuatu yang tidak bermanfaat. Penerimaan pihak ramai untuk melayani pendekatan yang kamu lakukan terhadap mereka bukannya mudah akan tetapi mulai sekarang saya mempunyai rasa "confidence" dalam diri saya untuk terus cuba mempelajari sesuatu yang baru. Senyuman! Senyuman itu yang penting untuk membuat pendekatan terhadap pihak ramai walau di,ama sahaja kamu berada. Teguran! Teguran yang diterima semasa menjadi seseorang juruhebah sangatlah menyentuh hati saya dan membuat saya berasa amat bersalah sekali tetapi entah kenapa sepanjang saya bekerja, saya dapat merasakan kasih Tuhan itu hadir bersama. Seolah-olah Tuhan ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. dan kini, saya mempunyai jawapannya walaupun masih kabur-kabur iaitu "Lakukanlah pekerjaanmu dengan penuh kasih bukannya secara paksaan dan hanya inginkan sesuatu yang sia-sia". Inilah yang saya maksudkan. Kasih yang ikhlas untuk membuat pendekatan terhadap pihak ramai adalah sikap yang sangat mulia.

Sebarkan kasih anda sebab itu adalah sesuatu yang paling berharga sebelum kamu ingin mulakan sesuatu pekerjaan atau perkara dalam kehidupan kamu.

Love empowered everything :)
Thanks my crew. Nice to meet you all. The Best Of Us but this is The Best of Me :)
Fifiana Felice