Jiwa saya sekarang teguh.

Saya dilahirkan di alam kanak-kanak periang & bersemangat tinggi.Saya sangat rajin dan berani meneroka sesuatu yang baru .Peristiwa yang benar2 merudum semangat hidup saya apabila 24 tahun(1990) lepas, saya terlibat dalam kemalangan jalanraya dimana ketika membonceng motorsikal bersama kawan yang memandu laju terlanggar belakang kereta.Akibat kemalangan itu saya patah kedua tulang kaki kanan saya(tibula & fibula).Dugaan lagi berat harus saya tempuhi ialah menduduki peperiksaan SPM berbaki masa 3 bulan lagi .Keadaan saya menjadi separa kurang upaya,saya tak secergas orang normal boleh melakukan aktiviti lasak yang tak termampu saya lakukan lagi. Disinilah bermulanya detik-detik hitam pada saya untuk menghadapi alam dewasa dan pekerjaan kelak.Bagaimana saya boleh mengharungi dunia dengan keterbatasan diri ini?.Saya sendiri terbayang dengan igauan kegelapan masa depan hidup yang mesti saya harungi dengan kaki sebegini.Saya berjuang dengan diri sendiri mengatasi kelemahan diri dan terus melangkah kehadapan dalam memajukan nasib hidup agar saya duduk sama rendah,berdiri sama tinggi.Sekarang saya sudah berkhidmat hampir 14 tahun bersama syarikat Perfect Food(Julies)memegang jawatan sebagai Technical Supervisor(Machine Maintenance).Jiwa saya tertumpah di syarikat julies dimana peranan saya adalah memastikan setiap mesin dan peralatan dalam keadaan baik sebelum operasi.Sekarang saya sudah berumahtangga dan punyai isteri dan 3 orang anak selain memiliki sedikit aset2 penting buat tabungan keluarga.Jiwa saya sekarang teguh walau keadaan fizikal terbatas,saya berjaya buktikan kepada diri saya sendiri.Saya tidak mahu mengalah dan dikalahkan dengan perasaan diri sendiri pada kekurangan yang di alami.Saya tidak mahu insan seperti saya jadi lemah harungi hidup dan mesti melangkah kedepan setiap hari memajukan diri.Inilah yang terbaik dari saya...
Imshak