Kita harus melayan perkerja asing sebagai orang biasa.

“Penjahat, pencuri, perogol, perompak…..”
Apabila kita mendengar perkataan-perkataan tersebut, dengan pastinya kita akan fikir pasal pekerja asing, termasuk juga saya. Pada awalnya, gambaran saya terhadap pekerja asing adalah tidak baik dan akan membawa kesan yang buruk terhadap negara yang tercinta kita.
Gambaran ini kekal dalam minda sehingga saya mengenali seorang pekerja asing yang warganegara Bangladesh waktu saya bekerja sebagai promoter di sebuah kedai telekominikasi. Wajahnya nampak tua dan rasanya dalam umur 40. Pada mulanya, saya tidak ingin berkenalan dengannya sebab ingatan terhadap pekerja asing adalah orang jahat.
Dia selalu berkunjung ke kedai kerana berdekatan dengan tempat tinggalnya. Suatu hari, saya nampak dia batuk dengan teruk, saya pun bertanya kepada dia. Pada masa itu, saya baru dapati bahawa kehidupan pekerja asing di negara kita adalah teruk dan susah. Walaupun sudah sakit, dia juga tidak mempunyai duit untuk berjumpa dengan doktor dan perlu bekerja seperti biasa. Melalui perbualan, saya baru diberitahu bahawa kos perubatan bagi warga asing adalah lebih tinggi berbanding dengan warganegara. Selepas perbualan tersebut, barulah saya berani untuk berkenalan dengan dia.
Perasaan bersimpati dan hormat kepada beliau wujud dalam jiwa saya setelah saya mengetahui cerita-ceritanya. Beliau selalu rindu kepada isterinya yang berada di Bangladesh dan hanya boleh berhubung dengan isteri melalui talian. Melalui perkongsian beliau, nilai berjimat-cermat selalu beliau amalkan kerana ingin menghantar gaji yang lebih banyak kepada keluarganya. Pakaian yang dibeli semuanya pakaian yang terpakai.
Tidak perlulah kita kata bahawa perlu memberi layanan yang baik kepada pekerja asing, tetapi sekurang-kurangnya kita melayan mereka sebagai orang biasa. Tidak kira pekerja Bangladesh, pekerja myanmar, pekerja indonesia, kita sebagai tuan rumah haruslah menghormati mereka kerana merekalah orang yang memberi sumbungan tenaga manusia dalam perkembangan negara. Kebanyakan daripada kita menginginkan kehidupan yang senang dan tidak mahu bekerja di bawah matahari yang terik. Kalau bukan mereka, siapa yang membina rumah tinggal kita? Siapa yang membersihkan tandas awam? Siapa yang menyapu lantai jalan raya?

Jun Wei Lim
Jun Wei Lim