Ayah yang banyak mendorong saya.

Menjadi seorang pelukis bukan lah cita – cita saya dari kecil lagi, tetapi seni itu sentiasa mengalir didalam diri ni. Sejak dari sekolah lagi saya sangat minat terhadap aktiviti yang berkaitan dengan seni seperti melukis, menari, dan bermain alat muzik. Pada awalnya saya tak pernah rasa yang saya mempunyai bakat untuk melukis tetapi atas dorongan dan galakkan yang di beri oleh ayah saya, saya mula berjinak didalam bidang Seni halus. Saya mula belajar melukis dengan membantu ayah saya di Studio beliau. Saya masih lagi pegang kata – kata beliau ‘Bakat itu akan hanya tinggal bakat jika tidak digunakan, tetapi dengan kerajinan akan lahirnya bakat’. Oleh kerana minat yang mendalam, saya meneruskan pembelajaran di peringkat diploma didalam bidang Seni Halus. Pada akhir bulan 6 yang lalu saya berjaya menamatkan pembelajaran saya dalam bidang seni halus. Ini buka lah pegakhiran, tetapi permulaan untuk saya memulakan kejaya saya dalam bidang yang saya minati dari kecil lagi.

Jadi bila ada orang tanya siapa yang bayak mendorong saya dalam bidang seni saya akan cakap dengan bangganya AYAH saya…
Khairunissa ZA