Kenapa kita perlu berbalah dengan agama dan bangsa orang lain?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Dunia sekarang penuh dengan perkauman di dalam negara kita ( MALAYSIA ).Kenapa kita perlu perlu nak berbalah dengan agama dan bangsa orang lain.Perlu ke kita menyalahi seseorang tapi sampaikan satu bangsa lain pun tempias sekali.Perlu ke kita racist. .Satu gambaran saya bagi kan seperti jika satu video youtube itu ada pergaduhan antara satu lelaki melayu dan satu lelaki cina dan cuba kita baca komen-komen di bawah nya mesti akan tulis *** cina dan *** melayu.Kenapa kita cuma sebut bangsa sahaja dan kenapa kita tak sebut lelaki melayu di dalam gambar atau pun lelaki cina di dalam gambar tersebut.Perlu ke kita bercakap pasal bangsa.Jatuh air muka kita yang duduk di dalam satu negara yang aman ni iaitu negara MALAYSIA.Biar lah kita duduk di negara MALAYSIA ni dengan aman dan damai dan tiada permusuhan antara perkauman bangsa dan agama.Kita sepatut nya merasa bangga kita berada di negara yang tercinta ni.Ini lah negara kita dan tanah tumpah negara kita. - MALAYSIA -
Muhamad Najib Shahran