Langkah yang kecil namun penuh dengan cabaran.

Bermula dari langkah kecil...akhirnya aku berjaya. Langkah yang kecil namun penuh dengan cabaran.

Cita-citaku menjadi seorang pengurus bola sepak. Namun, impian aku, adalah menjadi seorang jurulatih bola sepak pada usia mudaku ini, 16 tahun.

Semuanya bermula dengan kejayaanku memenangai satu pertandingan futsal anjuran guru PJ ku. Kelasku melantikku sebagai pengurus mereka. Aku sungguh gembira. Kelasku, kelas yang terpandai di sekolahku, namun paling lemah dalam bola sepak. Aku memegang amanah untuk memenangi satu yang dianggap, 'mustahil'. Tidak pernahku berhenti mengkaji semua taktikal,setiap corak permainan bagi ditanamkan dalam skuad ku itu. Alhamdullilah, semua usaha aku dibalas dengan kejayaan oleh Yang Maha Esa. Namun, aku tidak berhenti di sana.

Itu telah menjadi titik permulaan karierku. Aku segera menanam hasrat mengurus pasukan lebih besar, iaitu menjadi jurulatih sekolahku sendiri.

Tanggal 16 Oktober, seorang yang benar-benar membantuku, Encik Subra memberikan aku peluang, mengalas tugas itu. Aku bersyukur sangat, dan amat gembira.
Di sana, aku telah mengenali apa itu kawan, apa itu musuh. Apa itu kejayaan, apa itu kegagalan. Aku sungguh bangga dengan diri aku. Sebagai salah seorang jurulatih di sana, aku sungguh bersyukur dapat bekerja dengan pengurus-pengurus yang berkaliber. Semuanya telah menolong diriku, menjadi lebih baik.

Aku kemudiannya, menjawat pula jawatan pengurus bola sepak untuk sekolah lain. Kejayaan yang tidak akan aku lupakan. Aku berjaya mengenali, mengawal keadaan di sana, walaupun aku ini 'orang asing' pada awalnya, namun akhirnya semuanya menjadi saudara mara aku. Tidak mungkin dapat aku gantikan kejayaan aku ini dengan wang ringgit.

Aku akan sentiasa berharap, aku akan lebih berjaya dan cukup kental menentang segala pancaroba yang akan aku hadapi pada masa depan. Ingin aku sampaikan, terima kasihku kepada orang-orang yang telah menyokong serta membangkang ku,kerana sesungguhnya,semua itu proses pembelajaranku. Dan minta maaf juga, jika aku gagal menjadi seorang yang profesional melawan perasaan ku ini.

Terima kasih:
Encik Subramaniam, SMK Batu Lapan, SMK Bandar Puchong Jaya (A), Coach Mani dan Coach Arvin, ayahku, Sajahan Zainul Abidin dan ibuku, Sabura Amal Seihu Gani, kawan-kawanku, Yusuf, Jeremy, Sahil, Sailenra, Fadzlin, Aqil, Thum Choon Kit, Erin Slyvan, Riszy dan Farid.

Ikhlas dariku.
Muhammad Al Hafiz Sajahan