Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

"Tanpa Keberanian Impian Tidak Akan Bermakna Walaupun Hanya Gagal"

Semasa di zaman persekolahan prestasi pembelajaran saya kurang memberangsangkan sehinggalah keputusan peperiksaan SPM tidak memuaskan, saya sahut cabaran bagi melanjutkan lanjutkan pengajian dalam bidang Diploma E-Perniagaan dan A Level pada satu masa. Selesai tamat pengajian A Level saya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan sehingga kini saya bekerja dan berniaga dalam industri perubatan. Alhamdulilah, tahun 2016 membawa kerjayaan dan bermakna bagi saya untuk melanjutkan pengajian diperingkat lebih tinggi apabila tamatnya dan konvokesyen dalam bidang Master Perubatan di India dan MBA di Malaysia.

Dalam pepatah melayu ada menyebut "Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.."

Setiap hari saya mencabar diri saya bagi meneruskan kehidupan, memberi yang terbaik kepada pesakit saya dan memberi Bonda dan Ayahanda gembira melihat saya berjaya menjadi insan berpelajaran dan membantu orang untuk sihat. Dengan motto hidup saya itulah, saya ingin orang yang rapat dengan saya menjadikan orang yang berjaya dalam kehidupan. Pada anda diluar sana jangan jadikan kegagalan itu kelemahan diri malah bangkit untuk menjadi seorang berjaya dan seorang berilmu, jadilah diri anda, lakukan apa yang anda mahu dengan bersungguh-sungguh pasti anda akan berjaya.
Muhammad Azlan Aqil Alham