Mustaqim

Kisah kisah seorang rutin kehidupan pencinta suasana bersih dan selamat

Nama saya ialah Mustaqim berumur 42 tahun berasal dari Bukit Jelutong U8 Shah Alam Saya sudah berkhawin dan ada 2 orang anak. Yang sulung berumur 13 tahun, bungsu berumur 12 tahun. Saya berkerja sebagai pemandu peribadi.

Saya sudah terlibat dalam kerja-kerja amal sejak 10 tahun lalu pembersihan. Saya dilakukan ketika terbabit aktiviti gotong-royong di mana-mana kawasan sekitar. Saya lakukan secara sukarela dengan niat ikhlas memberi kerjasama dengan penduduk.

Ramai kawan kawan saya mendorong dan membantu saya memberi semangat dan memahami kepentingan menjagakan kebersihan Kawasan, tetapi ramai masyarakat pandang rendah terhadap saya.

Saya mendapat idea yang mencucikan taman permainan sebab ramai kanak-kanak kita sakit sebab apa? Daripada virus-virus bacteria yang kita tak nampak mata kita. Semasa saya berada di satu klinik saya melihat seorang kanak-kanak sedang sakit di sebab bermain di taman kanak kanak ia dijangkati kuman virus. Apabila saya cuci taman permainan sejak itu kes-kes dan kurang daripada jangkati kuman virus termasuk Covid-19. Menjaga kebersihan kawasan merupakan hal yang sangat penting terutama untuk Menjaga penduduk kita tetap sihat, dan mengurangi risiko kawasan maupun orang terdekat terserang penyakit. Banyak penyakit yang tersebar virus dan bacteria berbahaya pindah dari satu orang ke orang lain melalui contact langsung, seperti bersentuhan dengan orang yang terinfeksi, atau kontak tidak langsung, seperti menyentuh suatu barang yang telah disentuh oleh orang yang terinfeksi.

Kebersihan kawasan dapat berdampak pada bagaimana cara orang lain melihat dan memperlakukan kita, sehingga dapat dikatakan bahawa hal ini biasa membantu kita untuk meningkatkan kepercayaan diri.

Tahap kebersihan yang tinggi di bandar serta pekan di negara maju itu menyebabkan penduduknya hilang rasa jijik untuk memijak laluan pejalan kaki, tanah, rumput atau jalan raya tanpa sebarang alas kaki.

Apabila bercakap mengenai kebersihan, perkara pokok yang perlu ditangani adalah sikap masyarakat itu sendiri terhadap pengurusan kebersihan. Tidak dinafikan ada negara maju yang mengambil masa ratusan tahun untuk menerapkan budaya mementingkan kebersihan dan alam sekitar dalam kalangan rakyatnya.

Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan sikap dan tabiat masyarakat negara ini.

Dalam usaha membentuk minda, sikap dan tabiat serta budaya penduduk negara ini menjadi masyarakat berminda kelas pertama yang bertanggungjawab,

Saya mengambil cabaran dihadapi dalam menerapkan semangat cintakan kebersihan dan mengurangkan buang sampahadalah kurang penekanan terhadap pendekatan mendidik dan membentuk masyarakat supaya menghargai dan bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran yang sempurna. Tahap kesedaran masyarakat yang rendah mengenai keperluan berikutan kurang pengetahuan dan tidak menghargai langsung.

Bukan itu sahaja, semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat untuk sama-sama memastikan keadaan persekitaran sentiasa bersih dan indah juga masih belum memuaskan. Sikap masyarakat menganggap tanggungjawab membersihkan persekitaran di atas bahu. Tanpa rasa bersalah sampah dibuang merata-rata kerana sentiasa berasakan ada pekerja pembersihan akan mengutip sampah mereka, dan ini benar-benar tidak membantu dalam meningkatkan kebersihan.
Mustaqim