Norrimah

Aku mempunyai sebuah keluarga yang sederhana.

Aku mempunyai sebuah keluarga yang sederhana.

Seorang suami, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang masih menuntut dan belajar. Suamiku bekerja di tempat yang sama tapi berlainan shift denganku. Di sini aku ingin berkongsi dengan semua satu cerita. Pada tahun ini sepatutnya giliran aku sekeluarga beraya adalah bersama keluarga mertuaku. Tetapi untuk tahun ini, agak berbeza dari tahun-tahun yang lain. Dimana isteri adik lelakiku disahkan menghidapi penyakit kanser payudara. Oleh itu, adik lelakiku dan empat orang anak nya tidak membuat apa-apa persiapan untuk raya.

Sebagai seorang kakak, manakan mungkin aku tidak sedih apabila memikirkan perkara itu. Oleh itu, aku telah meminta izin dari suami dan anak-anak untuk beraya di kampung tetapi telah ditentang oleh kedua anak-anakku.

Sejak hari itu apabila terdengar lagu raya, serta merta aku terus menjadi sebak dan sedih. Hinggalah pada suatu petang ketika berbuka puasa di kfc dan aku terdengar lagu raya di pasang, air mataku mengalir secara tiba-tiba kerana tidak dapat menahan sebak di hati. Disebabkan kejadian itu, suami ku membuat keputusan untuk beraya di kampungku dan aku telah meminta izin dari kedua ibu bapa mertuaku untuk beraya di kampung bersama adikku.

Anak-anak juga turut memahami keadaan ku ini dan mengalah untuk beraya dikampungku. Terima kasih tak terhingga kepada suami dan anak-anak menunaikan hajat hati ini.
Norrimah