Kita perlu bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan.

kita perlu bersyukur dengan apa yang tuhan kurniakan seperti kehidupan yang selesa, cukup sempurna pancaindera dan dapat jalani kehidupan seharian tanpa halangan seperti kekurangan keupayaan untuk menjalani kehidupan seperti biasa seperti contohnya orang kurang upaya telah memberi inspirasi kepada saya bagaimana mereka survive dengan kekurangan yang mereka alami. mereka juga berjaya membentuk sebuah keluarga yang sempurna seperti orang lain juga. mereka tidak malu mengetengahkan diri untuk lebih maju dalam bidang bisnes mahupun apa sahaja yang mereka hajatkan sehingga mereka berjaya. apa yang saya lagi bangga terhadap mereka dalam kekurangan mereka itu, golongan seperti ini berjaya mendidik dan membesarkan anak-anak mereka tanpa mengeluh dan tidak berputus asa. golongan seperti ini cukup memberi inspirasi dan motivasi kepada saya sekiranya saya berasa ingin berputus asa untuk meneruskan hidup dan berasa sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah :)
Nur Farahin Najwa Binti Othman