Nur  Fizza

Nama yang gah tetapi susahnya nak dapat.

DIPLOMA. sesetengah orang mengatakan ianya mudah untuk menggengam segulung sijil. tetapi hanya yang pernah mengalaminya mengetahui betapa perit dan jerihnya untuk mendapatkan segulung sijil. Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah, nama yang gah tetapi susahnya nak hadap. pengalaman tak tidur malam, kena redo assignment, layout kena koyak dengan pensyarah. yang kental fizikal dan mental je boleh hadap. 3tahun disana menyaksikan beberapa rakan seperjuangan yang tidak mampu untuk menghadapinya mengundurkan diri dari medan perjuangan. jatuh bangunnya seorang pelajar yang tinggal berjauhan dengan keluarga disaksikan dan dibantu oleh mereka yang bergelar sahabat. sepanjang 3tahun bersama, akhirnya saat yang ditunggu telah tiba iaitu "TAMAT BELAJAR". "tiba masa kau melangkah gagah bersemangat kearah matlamat sedaya upaya. engkau terunggul wajah standing in the eyes of the world". Kepada sahabat yang sentiasa dengan diri ini, jutaan terima kasih ingin ku ucapkan kepada kalian kerana sentiasa ada dan sudi mendengar luahan hati yg bercampur baur. kepada studio-mate (ALPHA) terimakasih atas segala tunjuk ajar & bimbingan yang diberi. kepada pensyarah, terimakasih kerana menjadikan diri ini seorang yang kental dan tabah menghadapi segala dugaan. terima kasih juga atas segala ilmu yg diberi. hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian. kepada rakan seperjuangan yang terkandas, percayalah bahawa sentiasa ada peluang lain yg lebih baik untuk kalian dimana jua. teruskan tawakal kpd Dia yg Maha Esa. failure is one of the key towards success. kepada keluarga tersayang, in sha ALLAH,perjuangan ini tidak akan berakhir disini. May ALLAH bless all of us.
Nur Fizza