Nur Hanan Che Muda

Pemergian ibu mertua tercinta.

16.September 2015, itulah tarikh pemergian ibu mertua tercinta. Meskipun aku bukan menantu pilihan namun kasih sayang yang kau curahkan begitu terkesan di hati ini. Setelah melihat jerih payahnya selama 5 tahun melawan penyakit slipdisc dan buah pinggang tahap ke 5, daripada berjalan hinggalah terlantar,sesungguhnya aku begitu kagum dengan jiwa kentalnya. Tidak pernah sekalipun mengeluh,malah ibu mertuaku tetap positif yang dia akan sembuh. Dalam kesakitannya, beliau masih mampu berperanan sebagai ibu yang baik.Kata-kata nasihat supaya aku terus menjaga keluarga dengan baik tidak pernah lekang daripada bibir tuanya. Malam terakhir sebelum beliau koma, masih terngiang-ngiang kata-katanya iaitu " kalau Mek sihat nanti,Mek nak bawa beg ini (beg sandang anak perempuanku) sambil jalan - jalan dengan anak cucu Mek". Walaupun kerinduan ini begitu sarat, namun aku sangat bersyukur kerana hingga ke akhir hayatnya aku dapat menjaga,mengurus dan meyempurnakan jenazahnya.
Nasihat dan semangat kentalnya melawan penyakit yang dideritai umpama azimat yang berharga buatku. Mek... biarpun hanya ibu mertua namun pemergianmu adalah satu kehilangan besar bagiku. Kasih sayang yang kau tinggalkan kini merupakan alunan indah dalam aku melayari bahtera kehidupan. Berbekalkan kerinduan ini, akan ku anyam segala tunjuk ajarmu agar aku mampu menjadi setabah dan sekuatmu.
Nur Hanan Che Muda