Aku sudah mengandung 4 kali tetapi hanya 1 yang berjaya.

Salam Jumaat. Hari ini 12.8.2016 genap Aisy 1 tahun 5 bulan. Terpanggil untuk bercerita pengalaman aku bergelar wanita mengandung. Usia perkahwinan aku baru 3 tahun 5 bulan. Tapi semua tak tau yang aku sudah 4 kali mengandung. Tetapi yang berjaya hanya 1. Segala pahit, manis, masam semua aku dah lalui. Alhamdulillah aku dikurniakan kekuatan dan kesabaran yang tinggi.
Kandungan pertama ( bulan 5 2013). Boleh la dikatogerikan sebagai bunting pelamin. Sebab aku kahwin bulan 3 2013. Tapi usia kandungan hanya bertahan selama 2 minggu. Ok. Sabar.
Kandungan kedua ( bulan 7 2013). Buat pregnancy test +ve lagi. Gembira lagi kami suami isteri. Tapi hanya mampu bertahan 6 minggu sebab aku mengalami tumpah darah yang sangat banyak. Segar dalam kotak fikiran aku, waktu bulan ramadhan hari sabtu, malam tu memang sakit gila la. Tak boleh tido, pusing kanan kiri sama je sakitnya. Tahan. Esok pagi baru bgtau suami aku. Jam 7 pagi ktorng terus bergegas ke klinik yang selalu ktorng gi , Klinik Ajwa Sek 7 Shah Alam. Tapi sepanjang perjalanan ke sana aku sampai rasa sakit nak terberanak. Kaki aku dah tak berlunjur ke bawah tapi ke atas dashboard. Punya la nak tahan sakit. Kalau boleh nak suruh laki aku langgar je semua kereta biar cepat sampai. Tiba kat klinik, Dr. Anizah buat scan dan sahkan kandungan aku dah takde. Sekali lagi aku mengalamai keguguran. Aku dihantar ke hospital berdekatan KPJ Shah Alam. Ingatkan boleh terus jumpa doktor, rupanya kena tunggu giliran, dah la aku tengah tahan sakit rasa badan dah berlipat-lipat ni. Laki aku , dia cool sebab aku tahu dia tengah tahan marah. Tapi sejam kemudian, masuk je bilik doktor, " Doktor.. apa lembab sangat servis KPJ ni, your staff nampak my wife dok tahan sakit mintak cepat tapi still kene tunggu giliran, jangan sampai i buat you all semua kena buang kerja, i kenal pengarah KPJ ni". Eh.. poyo plak laki aku ni..aku dah sakit sibuk plak nak sound sound doktor. Ok. Nasib baik doktor perempuan cina ni mintak maaf. Untuk kurangkan rasa sakit aku, doktor tu cakap kena tarik sikit janin ke bawah. Perghh.. aku hidup2 ni weh xde bius.. kena baring kat katil bilik Dr.tu.. pastu doktor guna 2 alat dia.. tarik kebawah.. ahhh lega sikit aku.. laki aku cam biasa macam nak pitam tengok darah yang sangat banyak plus tu bulan puasa. Bayangkan. Kemudian barulah dibawa ke bilik persediaan untuk buat procedure DNC. So raya tahun tu aku berpantang. Serba serbi pantang. Dengan suami pun pantang.
Kandungan ke 3 ( bulan 12 2013). Ok sekali lagi laki bini happy.. sebab disahkan mengandung lagi.. so mcm biasa jumpa gynae buat scan semua setiap bulan. Dr.yang rawat aku Dr. Tan Ay Eng kat Prince Court KL. Doktor bagi makan supplement itu la inilah.. ok . Bulan pertama dan kedua ok. Lancar. Masuk bulan ke 3.. check up seperti biasa. Tapi kali ni pelik sikit. Buat scan nampak ada 2 bulatan. So Dr.Tan tanya " u ada family twins ke? Aku jawab " i have 2 pairs of twins in my family dr." Ok. Tapi satu lagi ni cam takde heart beat. Yang satu lagi ni macam dah kurang denyutan. Takut. Aku memang takut. Laki aku plak x sampai-sampai dari Shah Alam ke KL. " Never mind nurul, we go for a detail scan". Ok dr. Can we wait for my husband?" Can can. Tunggu laki hati berdebar2. Jangan la tuhan amik dia lagi. Sampai je laki aku kat hospital , ktorng buat details scan dengan Dr.Tan lagi sorang, dia ketua Dr. wanita mengandung kat PCMC tu. So waktu scan , aku tutup mata sebab takut dengan kebarangkalian. Sambil tu intai-intai gak. Memang nampak cam 2 kantung. Tapi bila scan lagi, "oh.. this is fibroid ". Tettttt... apa tu? Aku memang tak tau. Plus kandungan pum heart beat dah takde. Aku pandang laki aku, dia senyum. Tahan. Aku plak seperti biasa senyum sambil mata dah berair. Jumpa balik gynae aku. Kita akan buat DNC dan lepas tu buang fibroid tu. "So bila nak buat"? Dr tanya. Aku dah tak boleh jawab. Laki aku jawab "Next week doktor". Ok we set the date. Tapi i buat dNC dulu, buang fibroid next procedure. Maka bulan 3 2014, sekali lagi DNC. Bulan 4 aku menjalani minor surgery tuk buang fibroid dekat hospital yang sama dengan Dr. Yang sama. Keluar bilik pembedahan doktor cakap you bukan je ada fibroid, tapi u juga ada endometriosis tapi it's not critical la. Even fibroid pun kecik. So kosong lagi perut aku. Berehat.... sepanjang waktu rehat tu. Dr.Tan ada buat sedikit ujian pemeriksaan antibodi aku, tapi refer dekat Dr.pakar lain. Sebab dikhuatiri, keguguran yang berturut-turut tu disebabkan oleh antibodi aku tak kuat menerima benda baru. So aku dalam pemeriksaan Dr. So, hujung bulan 6 2014 buat ujian darah semua, next month bulan 7 baru amik result.
So 22.7.2014 , hari tu aku g hospital dari office, takut nak amik keputusan sebenarnya. Masih lagi dalam bulan puasa. So berdebar nak jumpa doktor untuk tahu keputusan antibodi. Tiba giliran, doktor panggil masuk. Doktor kali ni doktor lelaki peramah gila baik jek. "Nurul, how are you? Sihat?" "I'm good doctor". Ok.. this is the result. So far i tengok antibodi you memang takde masalah semua ok. Walaupun aku tak faham amenda yg dia tunjuk. Dah dia cakap ok, okla tu. " so u boleh mengandung xde masalah". Ok aku senyum. " Tapi doktor , saya dah lewat period 4 hari ni." " hah? Ok ok pergi buat ujian air kencing we see how". Alamak nak kena buat ke? Aku risau sangat, sebab aku x bersedia lagi nak mengandung kali ke 4. Sejam kemudian, dari awal jantung aku dup dap tak berhenti. Masuk je bilik doktor, ada 2 orang nurse pun tgu dalam bilik tu. Ok nurul duduk. Aku duduk dah diam sambil pandang nurse dan doktor. Doktor tanya , " Nurul , awak nak hadiah tak?" Aku senyum hadiah apa doktor? Tahniahhhh awak mengandung lagi Nurul". Perghhhh korang tak tau air mata aku berjurai-jurai sambil ketawa kat situ. Allahuakhbar.. Doktor cakap.. cuma tak tau berapa minggu tu kena buat check up ngan Dr.Tan. ok Doktor terima kasih. Sebelum keluar, doktor tu sempat bagi amanat dan pesanan. " Nurul , tahniah.. awak dapat rezeki dalam bulan Ramadhan. Kuat ujian tuhan bagi kat awak, tapi saya tabik awak dengan suami berjaya harungi nya. Jangan lupa baca Quran" Tq doktor. Aku pun balik.. dah bgtau berita ni dekat family. Tapi.. aku cukup takut nak buat scan. So aku cakap dengan laki aku, kita scan lama sikit eh.. lepas raya kita scan. Saya tak nak dpt tahu pape lagi. Ok so ktorg pun takde la buat scan dlm masa terdekat tu.
Bermula dari hari dapat berita mengandung tu bermula hari aku menjaga serba serbi. Hari pertama sampai la hari aku dimasukkan ke hospital untuk bersalin, aku tak pernah tinggal baca quran setiap waktu solat.
Subuh: baca quran 5 muka surat + surah lukman
Zohor: baca 5 muka + surah lukman
Maghrib: Surah lukman
Isyak: Surah Lukman / Maryam ( selang selang)
Sebelum tidur: letak speaker kat perut bagi dengar surah Yusuf.
( Tiap hari tiap malam without missed )
Sempat khatam masa 7 bulan. Dan sambung seperti biasa. Makan tak yah kira. Overweight. Gain 20 kg extra. Haha.
Dan pada 12.3.2015 lahirkan anak sulung aku Aisy Firas bin Muhd Fikri Naim. Cepat nya masa berlalu.
Nurul Akma