Siti Shahrosamirah Shaharman

Terima kasih amoy!

.:Terima kasih amoy!:.

Ini Lai Mey Chin. Gadis Cina yang lebih mesra dipanggil Allison ini aku kenali sejak enam tahu lalu.

Entah dari planet mana datangnya dia ni..tiba-tiba kami jadi rapat. Sedangkan kalau diikut bentuk fizikal..kami ibarat ibu jari dan kelengkeng 😂. Tapi itu bukan pengukur..atau faktor pemberat untuk mengekalkan hubungan persahabatan..kan? Sebenarnya…masa dan keadaan yang merapatkan kami.

Toleransi, bertolak-ansur dan adab..itu, bab yang aku sering belajar sewaktu dengan dia..bab yang sangat membantu aku meneruskan sekolah hidup.

Dalam banyak keadaan dia banyak mengalah terutama ketika sama-sama cari tempat untuk mengisi perut. Aku bukanlah cerewet makan tapi aku cuba belajar untuk 'menjaga' apa yang aku makan dan di mana aku makan..dan amoy ini sedaya upaya menjadi seorang yang tidak kesah makan di mana-mana sahaja jika kami keluar bersama-sama.

Korea..atau lebih tepat Busan, menjadi pengembaraan pertama aku dengan seorang kawan bukan sahaja berlainan bangsa tapi juga agama. Aku takkan lupa..bagaimana kau cuba mencari tempat makan yang selesa dan tak akan membuat aku berasa janggal Allison!

"Let me find a place..will make you feel comfortable"

Sungguh tak sangka sampai begitu sekali dia menghormati pendirian aku..sekali gus menghormati agama aku anuti. Sedangkan ketika itu dia sudah maklum bahawa aku hanya menemaninya kerana aku akan makan bila balik ke penginapan.

Bila difikir-fikirkan semula..aku banyak tak berlaku adil dengan amoy ini yang sudah lebih setahun berhijrah ke Klang atas tuntutan kerja dan meluangkan sedikit masa bersama apabila dia pulang ke kampung halamannya di Melaka. Maafkan I Ally 😕.

Ya..kita bukan sahaja berlainan bangsa..tapi kita juga berlainan agama dan ada ketika kita berlainan pendapat.

Terima kasih babe atas rasa suka dan duka dikongsi selama ini.
Terima kasih babe kerana masih teruskan ikatan tali persahabatan ini.
Terima kasih amoy!

#TheBestOfYou #TheBestOfYou2016 #JuliesTheBestOfYou
Siti Shahrosamirah Shaharman