Soh Chin

Setelah emak meninggal baru terasa betapa susahnya hidup.

Nama saya Low Soh Chin, saya berasal dari Rumbia Melaka. Saya merupakan anak bongsu dari keluarga saya dan saya harus tinggal bersama kedua orang tua saya. saya sudah bekerja di kilang julies selama 23tahun. Sebelum ini saya bekerja menorah getah di sebelah pagi dan kerja di kilang getah di sebelah petang.

Semasa emak saya masih ada saya sangat bahagia. sbb semua kerja rumah dia buat dari memasak hingga mengemas rumah sampai akhirnya tahun 2010 yang lepas emak saya disahkan menghidapi kanser dan setahun kemudia emak saya meninggal.

Setelah emak saya meninggal baru terasa betapa susahnya hidup. Awal pagi saya harus bangun memasak untuk ayah dan membuat semua kerja rumah. pukul 1 tengahhari saya harus sudah siap dan tunggu bas untuk pergi ke tempat kerja kerana saya kerja di shift petang. Setiap hari itulah kerja saya, bekerja untuk menyara hidup dan menjaga ayah saya yang sudah tua meskipun penat terkadang tersinggung dengan perangai ayah saya tapi saya melakukan semua itu dengan hati yang ikhlas kerana itulah yang terbaik dari saya untuk keluarga saya.
Soh Chin