Jangan pernah menyalahkan sesuatu bangsa kerana perbuatan seseorang.

Semasa di sekolah menengah, MRSM G, aku berkongsi bilik dengan 3 orang pelajar lain yang sama-sama mendaftar di tingkatan 1 bersama. Seorang dari Kelantan, seorang lagi dari negeri asalku, Perak dan seorang lagi pelajar berbangsa India yang juga berasal dari Perak.

Pada awal pertemuan, aku sangat rapat dengan S, teman sebilik ku yang berbangsa India itu. Ke mana saja kami pergi, mesti ada aku dan dia. Beriadah bersama, pergi ke dewan makan bersama, menunjukkan bahawa aku sememang nya menjadi kawan yang cukup rapat dengan nya. Sehingga ada kawan-kawan yang lain menyangka kami adalah adik beradik tapi berlainan ibu dan ayah.

Aku sangka kan akan dapat menjadi kawan rapat dengan nya sehingga ke akhir pengajian di sekolah itu, tetapi ada sesuatu kejadian yang menyebabkan pertengkaran kami sehingga langsung tidak bertegur sapa hingga ke hari ini. S telah mencuri satu-satu nya pen bernilai RM20 pemberian ayah aku sempena pencapaian ku yang memuaskan dalam pelajaran. Aku berasa sangat marah terhadap S dan aku juga berasa marah terhadap bangsa nya sedangkan yang bersalah adalah S bukan bangsa nya. Apa yang membuatkan aku berasa bertambah marah terhadap nya adalah kerana S berasal daripada keluarga yang berada dan lebih daripada mampu untuk membeli pen yang berharga ratusan ringgit.

Aku menjadi renggang dengan S dan aku menjauhkan diri daripada kawan-kawan yang berbangsa lain selepas kejadian itu. Walaupun dalam kerja berkumpulan, aku mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap mereka. Sehingga lah pada satu hari S dan rakan-rakan yang berbangsa lain, meminta maaf kepada aku dan aku tersedar yang aku tidak sepatutnya bersikap demikian. Aku menyalahkan kawan-kawan yang lain sedangkan mereka tidak bersalah dalam hal ini.

Sejak dari hari itu, aku mula bergaul dan berkawan dengan semua tanpa ada layanan istimewa samada mereka sama bangsa atau tidak dengan aku. Tanpa mereka, aku masih terkapai-kapai dalam pelajaran dan mungkin tidak dapat menghabiskan pengajian di sekolah itu dengan cemerlang.

Apa yang boleh aku katakan adalah, jangan pernah menyalahkan sesuatu bangsa itu kerana perbuatan ahli atau insan yang berbangsa itu. Keharmonian tidak dapat dikecapi jika masih ada sikap stereotaip terhadap bangsa lain dan pentingkan diri sendiri.

#saytonoracism #juliesthebestofyou
Syafik Hamidi