Taufiq Azhar

Life is hard, but its beautiful.

Sedar atau tidak, sudah 21 tahun aku bernafas di atas muka bumi ini. Dan, sudah 3 tahun aku berkelana di dalam dunia sebenar yang ku mahu. Ibu berkata, hakikatnya kita tak mampu berfikir dan berada di luar kotak kerana takdir adalah kotak. Dunia adalah kotak. Yang kita mampu ialah meluaskan kotak tersebut.

Ya! Aku fikir kotak yang memenjarakan aku ini lebih besar dari yang lain seumurku. Tapi bukan itu mahuku. Jika aku bermimpi sampai ke langit, aku mahu mereka berfikir sampai ke syurga. Kalau aku mahu menawan dunia, aku mahu mereka menjaga angkasa. Aku percaya kita semua berhubungan dan bersangkutan. Mengikut apa yang disebutkan oleh ibu bahawa dunia ini penjara bagi orang mukmin, aku mahu kita sama-sama besarkan kotak ini dan terus bermimpi seperti tiada kotak.

Tiada apa yang menghalang kita selagi kita percaya bahawa kita tidak pernah punya halangan. Kita selalu punya kesempatan jika kita cukup sedia untuk mencipta dan memimpin kesempatan baru. Begitu juga cinta. Kita akan terus mencintai dan dicintai selagi kita masih percaya adanya cinta. LIfe is hard, but its beautiful.

Kau indah, bila aku indah.

Achtung!
Taufiq Azhar