Bermula dalam diri saya.

TOMI HERI, VISUAL ARTIST, 25, KUALA LUMPUR.

DI DALAM KARYA SAYA, SAYA MENGUJI IDEA DAN MENGHASILKAN KARAKTER SAYA SENDIRI MELALUI PENGALAMAN HARIAN DAN MENJADIKAN MEREKA KEPADA SUBJEK YANG LEBIH KREATIF MENGIKUT IMAGINASI VISUAL TERSENDIRI.

INSPIRASI SAYA DALAM MENGHASILKAN KARYA ADALAH BERMULA DALAM DIRI SAYA SENDIRI. SAYA CUBA MENGEKPLORASI APAKAH NILAI-NILAI ARTISTIK YANG BOLEH MENJADI SUMBER IDEA UTAMA DALAM MENGHASILKAN KARYA SENI . SEBAGAI CONTOH, SAYA MENGHASILKAN KARAKTER, CORAK DAN LOGO ( T . O. M. I ) SEBAGAI SUBJEK UTAMA YANG MENGAMBARKAN DIRI SAYA, KEMUDIAN SAYA MENGHUBUNG KAITKAN SUBJEK-SUBJEK INI DENGAN ISU-ISU YANG BERLAKU DI RUANG KELOMPOK MASYARAKAT SERTA BERINTERAKSI DENGAN PERSEKITARAN SOSIOBUDAYA.

PENGALAMAN BERSAMA MASYARAKAT ADALAH MEDIA PENGANTARA UNTUK SAYA LUAHKAN EMOSI ATAU SAMPAIKAN MESEJ KEPADA AUDIENS DAN DIOLAH MENERUSI KARYA YANG PELBAGAI MEDIUM . BAGI SAYA APA YANG BERLAKU DISEKILING SAYA ADALAH SATU KEJADIAN YANG UNIK DAN PERLU DI DIREKOD DALAM BUKU HIDUP SAYA (KARYA). INI ADALAH BAGAIMANA CARA SAYA MEMBERI APRESIASI KARYA SAYA BERSAMA MASYARAKAT.
Tomi Heri