6 Bidadari

6 Bidadari

97, tahun aku bermula di Kuala Lumpur ini

menjadi seorang animator .... 'barangkali'

sesuap nasik pun susah sekali

apatah lagi membayar sewa beli

ke kerja tak ada tambang kena berkaki...

aku ringkaskan perjalanan ke tahun 2000

apabila bekerja sebagai penjual VCD haram

sedikit-sedikit kegiatan berseni mula terpadam

habis ditinggalkan pensil dan pemadam

tapi,... disini hari ini aku tlah dikurniakan

sesuatu yang indah dan terbaik pernah berlaku

semenjak tahun 1997 yang lalu.
Kurniaan yang bakal merobah segala hidup aku

perjalanan seakan mudah bila bersama si gebu

yang pada ketika itu berumur sekitar 22 tahun.. agakku

di atas dorongan beliau aku melukis semula

hari demi hari menjadi yang terbaik tanpa leka

sentiasa bersama, sesaat tak pernah lupa,

hingga tiba dua haribulan dua, dua ribu dua

ijab dan qabul menyatukan kami berdua



tanggal 22.11.2002 sekali lagi aku dihadiahi

dengan Mahakarya agung dari Sang Pencipta, melalui jiwa ini
yang kini menjadi seorang ummi dan seorang isteri,
yg aku cari semirip senyum ibuku menjaga abah dan kami setiap hari,

Yang dulu satu satunya wanita dalam hidup ini...

Alhamdulillah.. hari ini aku di hiasi 6 bidadari dambaan syurga

halijah, fara, sania, saira,sufya dan suraya ialah mereka pendorong kerja

membuat aku bersyukur dengan segala nikmat......
nikmat dan kebolehan yang di pinjamkan sehingga ke akhir nanti.

amin...
Tune Zikri