Ibu engkaulah ratu hatiku.

Ibu engkaulah ratu hatiku” Satu ayat yang memberi seribu makna untuk semua anak di dunia. Memang betul, ibu lah ratu hati saya. Tempat saya bermanja, mengadu kasih dan tempat meluahkan segala masalah yang saya hadapi. Oleh itu, pemergian ibu amat memberi kesan kepada diri saya.Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya menjaga ibu yang sakit tenat kerana menghidapi penyakit kencing manis. Pengalaman ini tidak mungkin dapat saya lupakan selama-lamanya. Pada tahun 2002, penyakit kencing manis yang ibu hidapi menjadi semakin kronik. Ibu terpaksa ditempatkan di hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Kesan daripada penyakit itu, kedua belah kaki ibu terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman telah merebak. Pergerakan ibu amat terbatas dan hanya menghabiskan masa di katil sahaja. Sakit yang ibu lalui menyebabkan ibu kurang selera makan. Tiap hari, ibu menjadi semakin kurus. Namun saya rasa bersyukur kerana berpeluang menjaga ibu disaat-saat terakhir. Peluang yang dikurniakan Allah saya guna sepenuhnya untuk menjaga ibu yang saya cintai. Selama 29 hari ibu bertarung dengan penyakitnya, akhirnya ibu tewas. Saya redha pemergian ibu selama-lamanya. Pemergian ibu amat memberi kesan terhadap kami sekeluarga kerana hilangnya satu-satunya ibu dalam hidup saya. Saya telah cuba memberikan yang terbaik untuk ibu saya. Anda bagaimana?
Zainah